2. Proses gramatis melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah struktur memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.
3. Proses transformasi mengakibatkan pengguguran,penyusunan dan perluasan.
TAJUK: PROSES PENERBITAN AYAT PROSES PENGGUGURAN
1. Pengguguran unsur-unsur daripada binaan ayat pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan tidak lagi wajib.
Pengguguran FN sebagai subjek
1. Kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.
Contoh: Awak semua pergi dari sini = pergi dari sini.
2. Pengguguran subjek serupa dalam kata majmuk.
Contoh: Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar = Dia sangat pandai kerana rajin belajar.
Pengguguran frasa predikat.
1. FK yang serupa. Contoh: Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar di England. = Adik Ali dan sepupunya belajar di England.
2. FN yang serupa. Contoh: Bendera Malaysia lambang negara dan lagu kebangsaan lambang negara. = Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lambang negara.
3. FA yang serupa. Contoh: Adik saya sangat rajin, Adik Ali sangat rajin = Adik saya dan adik Ali sangat rajin.
4. Frasa Sendi Nama yang serupa. Contoh: Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung = Dia dan isterinya masih di kampung.
5. Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat.
(i) Pengguguran oleh FN dalam ayat pasif. Contoh: Dia dipukul oleh bapanya =
Dia dipukul.
(ii) Pengguguran kata bantu yang serupa. Contoh: Dia boleh menyanyi dan dia boleh
menari = Dia boleh menyanyi dan menari.
(iii) Penggunaan FN sebagai objek yang serupa. Contoh: Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk penjahat itu = Daud memukul dan menumbuh penjahat itu.
(iv) Penggunaan FN sebagai objek selepas KK yang membawa makna adjektif. Contoh: Kejadian itu sunguh menakjubkan kami = Kejadian itu sunguh menakjubkan
(v) Pengguguran FN yang menduduki frasa relatif.
Contoh: Orang tua itu datuk Azmi .Orang tua itu memakai songkok = Orang tua yang memakai serban itu datuk Azmi.
vi) Pengguguran KN yang berfungsi sebagai inti dalam FN
FN penerangan bukan daripada kelas KN.KN boleh digugurkan. Contoh : kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan = Bersenam boleh menyihatkan badan.
PROSES PENYUSUNAN SEMULA
1. Ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu.
2. Mengakibatkan perubahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan.
3. Tidak membawa perubahan pada makna ayat.
4. Penyusunan semula.
(i) Berlaku melalui proses transformasi pasif. Contoh: Ali memendang bola itu = bola itu di tendang oleh Ali.
(ii) Penyusunan semula FN sebagai objek
(iii) Mengandungi objek tepat dan objek sipi. Contoh: Ali menghadiahi Ahmad sebuah
buku = Ali menghadiahkan sebuah buku kepada Ahmad.
(iv) Penyusunan semula melalui ayat songsang.
(v) Mengandungi keterangan tempat,masa, syarat dan musabab. Contoh: Orang tua itu pergi ke sungai = Ke sungai orang tua itu pergi.
PROSES PELUASAN
1. Penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu disebut peluasan ayat.
Peluasan FN sebagai subjek
Diluaskan melalui pemancangan ayat relatif. Contoh: Budak itu adik saya. Budak itu membaca buku = Budak yang membaca buku itu adik saya.
2. Peluasan frasa predikat
FN direlativisasikan berfungsi sebagai subjek.Ayat akan di pancangkan. Contoh, Ali mengusik budak itu.Budak itu cantik = Ali mengusik budak yang comel itu.
3. Peluasan dengan kata hubung.
Proses pengabungan ayat melibatkan 2 konstituen yang sama.
Menggunakan kata hubung seperti dan,tetapi,kerana, jika dan walaupun, menghasilkan ayat terbitan bersifat peluasan. Contoh: Ali pergi ke sekolah. Osman pergi ke sekolah = Ali dan Osman pergi ke sekolah.
4. Peluasan melalui proses komplementasi.
Proses pengubahan ayat menjadi FN dan memancang pada ayat yang lain menghasilkan peluasan kepada ayat. Contoh: Dia melaporkan sesuatu.Ali sakit tenat = Dia melaporkan bahawa Ali sakit tenat.
http://ramlibinyahya.blogspot.com
Cikgu farhanah mane cikgu farhanah
BalasPadamHaah ye saye
Padamni cikgu smk bandar tasik kesuma ke ? sklh saya tu
PadamMnta izin guna bahan cg ni utk d jadikan sumber rujukan..
BalasPadamSemoga cg sihat slalu..insyaallah