11 Ogos, 2010

FRASA


-->
DEFINISI, JENIS DAN CONTOH FRASA

Frasa

§ Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
§ Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
§ Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS
§ Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.

Frasa Nama
Ingat, frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau atau beberapa perkataan. Jika terdiri daripada beberapa perkataan maka inti frasa hendaklah kata nama.
Contoh: Bas awam, Basikal adik, Basikal Raleigh Contoh di atas, inti frasa ialah bas dan basikal. Kata yang menyusul ialah penerang frasa.

Frasa Kerja (FK)
1. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya.
2. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat.
3. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif.
4. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja (lihat nota kata kerja)
Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah:
Frasa Kerja Transitif
Frasa Kerja Tak Transitif


Frasa AdjektifFrasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi predikat.
Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK, manakala sebagai unsur penerang FA hadir setelah kata nama atau FN.
Contoh:
Subjek
Predikat
Nota
Penguat hadapan
Kata Adjektif
Penguat Belakang

1. Pakar sains  itu sungguh bijaksana.
2. Ali sangat pandai
3. Awak hebat betul
Frasa sendi nama
Frasa sendi nama wujud bersama frasa nama dan mungkin diikuti oleh kata arah sebelum frasa nama.Frasa ini boleh didahului oleh kata Bantu.Oleh kerana sifatnya eksosentrik, ia hanya wujud bersama frasa nama.
Contoh:Subjek
Predikat
Frasa sendi nama
Kata bantu
Kata sendi nama
Kata arah
Frasa nama

1. Alias dari arah selatan Tanjung Malim
2. Rombongan sekolah akan ke Menara Kuala Lumpur
3. Kedai Pak Abu di depan masjid
http://ramlibinyahya.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan