15 Februari, 2010

Motivasi Diri

Motivasi Belajar – 5 Tips Hilangkan Rasa Gemuruh Ketika Peperiksaan

Setiap orang yang menghadapi peperiksaan pastinya berdepan rasa gemuruh, ketidakpastian, takut dan sedikit tertekan. Semua persoalan itu sebenarnya emosi negatif. Kita perlu menukarkannya menjadi emosi positif, emosi tenangdan menghilangkan rasa gemuruh.

Bagaimana? Berikut adalah 5 cara untuk membuat anda tenang sebelum peperiksaan bermula:

1. Beri semangat pada diri sendiri melalui kata-kata “aku boleh”.

Anda tidak tenang sebelum peperiksaanbermula sebab anda tidak tahu apa-apa yang akan ditemui nanti dalam kertas soalan. Anda menjadi takut. Untuk menjadi tenang sebelum peperiksaan bermula,buang ketakutan sedikit demi sedikit dengan memberi kata-kata semangat, mengatakan yang anda boleh jawapan soalan itu satu persatu. Katakan pada diri anda, “aku boleh buat” atau “aku boleh jawab dengan baik,aku boleh, aku boleh!”.

2. Gunakan mindset berani gagal.
Apabila anda berani gagal dan menanam sikap berani gagal, rasa gementar dan gugup itu akan hilang perlahan-lahan berganti dengan keberanian. Setelah kita buang ketakutan, gantikannya cepat-cepat dengan mentaliti berani gagal, berani mendepani apa-apa jua yang akan terjadi. Anda akan bersemangat tiba-tiba. Ramai daripada kita gementar saat menghadapi peperiksaan sebab kita mendepani sesuatu yang tak pasti dan kita takut tak perform well’ketika menjawap soalan peperiksaan.

3. Bayangkan ketenangan diri anda semasa menjawap kertas soalan.

Fokuskan minda pada menikmati ketenangan supaya kita dapat menghilangkan kegugupan. Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat- saat perasaan anda mulai gusar. Teknik pernafasan ini membuat anda tenang, menghilangkan gemuruh serta bagus untuk menghalang mental black. Idea-idea untuk menjawap soalan peperiksaan akan lancar mengalir apabila kita tenang.

4. Jika Anda sudah belajar dan bersedia, tidak ada sebab untuk anda nervous.

Biasanya, kita gusar sebelum peperiksaan bermula sebab kita rasa kita tak cukup bersedia untuk menjawap soalan peperiksaan itu. apabila kita sudah belajar, sudah mengulangkaji dan bersedia menjawap soalan yang akan keluar nanti biasanya kita tidak akan gugup, malahan akan berasa yakin. Bila sudah belajar dan sudah menelaah sehabis baik, kita tidak akan sabar untuk melihat apa yang ada di dalam kertas soalan tu. Kita tak sabar nak merasa ‘thrill’nya menjawap soalan.Kita tak akan rasa gementar langsung, bahkan tidak sabar mahu ‘mengerjakan’ kertas soalan dengan jawapan-jawapan yang sudah sedia tersemat di minda kita. Jika sudah belajar, sepatutnya kita rasa yakin menjawap sebarang pertanyaan yang akan ditanya dalam kertas soalan peperiksaan.

5. Ingat wajah-wajah kesayangan anda.Setiap dari kita pasti ada orang yang kita sayangi. Jika bukan ibu, bapa atau adik beradik kita, mungkin wajah kekasih hati kita. Cinta dapat mewujudkan ketenangan walaupun anda berada dalam suasana yang penuh dengan tekanan seperti waktu menghadapi peperiksaan.Ingat dan bayangkan wajah-wajah kesayangan anda, hadirkan rasa kecintaan yang mendalam di hati anda untuk mendapat ketenangan, bebas daripada rasa gemuruh. Niatkan perjuangan bahawa anda belajar adalah untuk mereka.Jika dipandang dari aspek positif, rasa gemuruh atau rasa tidak tenang sebelum menjawap peperiksaan sebenarnya tindakan hormon adrenalin yang dirembes oleh tubuh kita sebagai signal biologi untuk membuat kita bersedia dari segi emosi.Apabila kita teringat seseorang yang kita cintai, serta merta tubuh badan kita merembes satu jenis bahan kimia yang akan meneutralkan hormon adrenalin, lantas membuat debaran kita menjadi perlahan, semakin perlahan lalu menghilang sedikit demi sedikit. Itulah penangan cinta.

6. Ingat masa depan anda.Hilangkan rasa gemuruh dengan membayangkan masa depan anda. Kita menduduki peperiksaan supaya kita lulus dalam akademik yang akan menentukan masa depan .Bayangkan cara hidup yang bakal dinikmati, bayangkan yang anda memegang jawatan tetap, ada rumah sendiri, kereta sendiri atau perniagaan sendiri. Bayangkan selalu supaya rasa gugup bertukar menjadi rasa bersemangat ingin buat yang terbaik sebab anda mahu melakar masa depan yang cemerlang pada hari ini.Biar kita yang mengawal rasa gemuruh, bukan diri kita yang dikawal oleh rasa gemuruh. Jika masih juga gemuruh, beritahu diri anda yang anda mahu rasai ketenangan. Katakan “aku mahu tenang”, ulangi berkali-kali.Lakukan latihan pernafasan – tarik nafas melalui hidung selama 7 saat, tahan 3 saat, hembus perlahan-lahan selama 7 saat, seperti yang saya katakan di atas tadi.

Motivasi Diri : Anda Adalah Penulis Cerita Hidup Anda Sendiri

Sumber: http://motivasikejayaan.com/author/norakmal-jasni/