Kata Penguat
1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
2. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh
Paling | Agak | Sungguh | Amat |
Terlalu | Nian | Benar | |
3. Kata penguat seperti agak, paling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif (kata Penguat hadapan).
4. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif (Kata penguat belakang).
5. Kata penguat seperti sangat, amat,
dan sungguh boleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif (kata penguat hadapan dan belakang).
Contoh
1. Murid yang paling pintar di sekolah rendah itu ialah Latipah.
2. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
3. Suhu di kawasan kutub amat sejuk.
4. Kereta api itu sangat laju.
5. Rumah itu besar sangat untuk saya dan ibu.
Kata Penegas
Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.
Contoh
-kah | -lah | -tah | jua |
juga | sahaja | hanya | memang |
lagi | pun | | |
Contoh
1. Itulah rumah kakak saya.
2. Apatah dayaku untuk menolongnya.
3. Barang-barang itu dibawa juga ke rumah neneknya.
4. Hanya dia yang belum membayar yuran.
5. Ayah seorang sahaja yang berbaju Melayu.