28 Januari, 2010

Kata Sendi Nama


1. MAKSUD


Perkataan yang digunakan untuk menyambungkan sesuatu perkataan dengan kata nama.

2. CONTOH SENDI NAMA


Kata sendi Fungsi atau kegunaan


Di [tempat / arah]
Ke [tempat / arah / masa]
Dari
[tempat / arah / masa]
Daripada
[manusia / asal kejadian / sumber / ahli]
Pada [tempat / masa / benda / perkara]
Kepada
[manusia / binatang / naik atau turun / pembahagian]
Demi
[tujuan]
Untuk [tujuan / kepada / bahagian]
Bagi
[tujuan]

3. KESALAHAN PENGGUNAAN

KATA SENDI NAMA


1. ‘di’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda atau arah’.
(‘di’ yang dirapatkan bermaksud imbuhan ‘di….’ dan bukan kata sendi)


Salah:
-Dia tinggal dibelakang rumah saya. (arah)
-Pos itu terletak
diantara tol dengan pejabat. (tempat)
-Anda sentiasa
dihati saya. (benda)

Betul:


-Dia tinggal di belakang rumah saya.
-Pos itu terletak
di antara tol dengan pejabat.

-Anda sentiasa di hati saya.

2. ‘ke’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda, arah atau masa’.
(‘ke’ yang dirapatkan bermaksud ‘imbuhan ‘ke….’ dan bukan kata sendi)


Salah:
-Dia pergi kebandar itu semalam. (tempat)
-Kami berlari
kepokok itu. (benda)
-Dia merantau
ketimur Semenanjung. (arah)
-Ahmad belajar dari pagi
kemalam hari. (masa)

Betul:
-Dia pergi ke bandar itu semalam.
-Kami berlari
ke pokok itu.
-Dia merantau
ke timur Semenanjung.
-Ahmad belajar dari pagi
ke malam hari.

3. ‘di’ tidak boleh diikuti dengan ‘masa/ waktu/ zaman/ tahun’. (gunakan ‘pada’)
Salah:


-Dia sampai ke Melaka di waktu malam.
-
Di zaman dahulu ada raja yang zalim.

Betul:
-Dia sampai ke Melaka pada waktu malam.
-
Pada zaman dahulu ada raja yang zalim.

4. ‘ke’ untuk perkara belum berlaku. ‘di’ untuk perkara sudah berlaku.


Salah:
-Saya akan sampai di sana sebentar lagi. (belum berlaku)
-Dia telah sampai
ke sana pada petang tadi. (sudah berlaku)

Betul:
-Saya akan sampai ke sana sebentar lagi.
-Dia telah sampai
di sana pada petang tadi.

5. . ‘dari’ hanya untuk ‘masa, arah dan tempat’. (selain itu gunakan ‘daripada’)


Salah:
-Saya sampai di sini sejak daripada petang tadi lagi. (masa)
-Pemandu itu datang
daripada selatan tanah air. (arah)
-Pemuda bermisai tebal itu berasal
daripada Melaka. (tempat)
-Kucing itu berlari
daripada pokok kelapa itu. (benda)

Betul:
-Saya sampai di sini sejak dari petang tadi lagi. (masa)
-Pemandu itu datang
dari selatan tanah air. (arah)
-Pemuda bermisai tebal itu berasal
dari Melaka. (tempat)
-Kucing itu berlari
dari pokok kelapa itu. (benda)



6. ‘daripada’ hanya untuk ‘manusia, asal kejadian, sumber dan ahli’.


Salah:
-Hadiah itu dari ibu saya di Johor Baharu. (manusia)
-Tayar kereta itu diperbuat
dari getah asli. (asal kejadian)
-Syair ini saya ambil
dari buku Sejarah Melayu Lama. (sumber)
-Peserta itu adalah
dari Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli)

Betul:
-Hadiah itu daripada ibu saya di Johor Baharu. (manusia)
-Tayar kereta itu diperbuat
daripada getah asli. (asal kejadian)
-Syair ini saya ambil
daripada buku Sejarah Melayu Lama. (sumber)
-Peserta itu adalah
daripada Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli)

7
. ‘pada’ untuk ‘masa, benda, tampat, dan perkara.


Salah:
-Saya berlatih badminton di pukul lima petang. (masa)
-Dia mengikat kambingnya
di pokok besar itu. (benda)
-
Di mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara)

Betul:
-Saya berlatih badminton pada pukul lima petang. (masa)
-Dia mengikat kambingnya
pada pokok besar itu. (benda)
-
Pada/ Dalam mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara)

8. Jika ayat mempunyai perkataan ‘ada’ hanya ‘pada’ boleh digunakan walaupun untuk manusia.


Salah:
-Buku itu ada kepada Cikgu Saleha.

Betul:
-Buku itu ada pada Cikgu Saleha.

9. ‘kepada’ digunakan untuk ‘manusia, binatang, naik/ turun dan pembahagian’.


Salah:
-Beri surat ini pada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia)
-Chong Seng memberikan susu
pada anak kucingnya. (binatang)
-Harga minyak telah
meningkat pada USD50 setong. (naik/ turun)
-Cikgu Samad membahagikan pelajar itu
pada tiga kumpulan. (pembahagian)

Betul:
-Beri surat ini kepada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia)
-Chong Seng memberikan susu
kepada anak kucingnya. (binatang)
-Harga minyak telah
meningkat kepada USD50 setong. (naik/ turun)
-Cikgu Samad membahagikan pelajar itu
kepada tiga kumpulan. (pembahagian)

10. ‘demi’ dan ‘untuk’ tidak boleh digabungkan. (gunakan salah satu sahaja)
Salah:


-Saya pergi ke sekolah demi untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Betul:
-Saya pergi ke sekolah demi menuntut ilmu pengetahuan.
-Saya pergi ke sekolah
untuk menuntut ilmu pengetahuan.

11. Pengulangan ‘dari’ untuk masa perlu sama pada bahagian awal dan akhir.
Salah:
-Dari masa ke semasa dia sedar juga.
-
Dari sehari ke hari dia membesar.
-
daripada masa ke semasa dia terus tekun berusaha.

Betul:
-
Dari semasa ke semasa dia sedar juga.
-
Dari sehari ke sehari dia membesar.
-
dari semasa ke semasa dia terus tekun berusaha.
-
dari masa ke masa dia terus tekun berusaha.
-
dari hari ke hari dia membesar.

12
. ‘di antara' mesti diikuti perkataan ‘dengan’.
Salah:
-Sungai itu terletak di antara Melaka dan Johor.
-Bandingkanlah
di antara anda dan saya.
-
Di antara makan dan minum, dia lebih suka minum.

Betul:
-Sungai itu terletak di antara Melaka dengan Johor.
-Bandingkanlah
di antara anda dengan saya.
-
Di antara makan dengan minum, dia lebih suka minum