21 April, 2010

Kata Majmuk

Kata Majmuk

Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah, melainkan kata majmuk yang telah mantap.

Kata majmuk terbahagai kepada tiga :

a) Kata Nama Majmuk. Contoh : setiausaha, warganegara, tandatangan, uji kaji.

b) Kata Kerja Majmuk. Contoh : menandatangani, bertanggungjawab, memberitahu

c) Kata Sifat Majmuk. Contoh : sukacita, dukacita

d) Kata Tugas Majmuk. Contoh : apabila, apakala, apahal, apalagi, bagaimana

Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok:

a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas.

Contohnya gambar rajah, biru laut, terima kasih, kuning langsat. Dalam kategori ini termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran seperti perdana menteri, raja muda, menteri besar, profesor madya.

b) Kata majmuk berbentuk istilah khusus.

Contohnya model linear, garis pusat, mata pelajaran, kertas kerja, kanta tangan.

c) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan iaitu simpulan bahasa.

Contohnya kaki ayam, buah hati, duit kopi, makan angin, pilih kasih.

Kata majmuk dapat dibentuk melalui pelbagai cara:

a) dua perkataan digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contoh :

duka + cita = dukacita

jawatan + kuasa = jawatankuasa

b) perkataan dan fakta digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contohnya walaupun dan adalah.

c) dua perkataan digabungkan tetapi tidak dieja sebagai satu perkataan, sebaliknya kekal sebagai dua perkataan. Contohnya uji bakat, ulang tayang, temu janji, hak milik.

d) dua perkataan bebas dijadikan satu perkataan dengan menggunakan imbuhan apitan dan ejaannya mestilah bercantum. Contoh :

pindah milik à dipindahmilikkan

tukar ganti à ditukargantikan

e) kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja tidak dicantum. Contoh :

campur aduk à bercampur aduk

temu bual à ditemu bual

Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yahg penggunaanya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar, perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Contohnya antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, setiausaha.

Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja, contohnya alat-alat tulis, balai-balai raya. Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap melibatkan seluruh unsur. Contohnya setiausaha-setiausaha, pesuruhjaya-pesuruhjaya.

Nota Tambahan Kata Majmuk

Kata Majmuk Umum

Kata majmuk umum terbahagi kepada:

i. Kata majmuk biasa- yang terdiri daripada rangkai kata bebas

Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi minyak, tengah hari, gambar rajah, jalan raya, kapal terbang, meja tulis, air hujan, terima kasih, luar biasa, kuning langsat

ii. Kata Majmuk Gelaran

Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam Negara, Duta Besar, Ketua Setiausaha Negara, Raja Muda

Kata Majmuk Istilah Khusus

i. Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang. Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau istilah khusus.

Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja, mogok umum, program bahasa, batu kapur, atur cara, kemas kini, urus setia, reka bentuk, pita suara

Kata Majmuk Kiasan

i. Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud lain selain maksud sebenarnya, misalnya:

Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin, lipas kudung .

##################################################################

Dalam sistem baku, kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah mantap.(lihat lampiran 1 di bawah)

Bentuk Kata Majmuk yang telah Mantap

Kata dasar 1

Kata dasar 2

Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan

Antara

bangsa

antarabangsa

Apa

bila

Apabila

Apa

kala

Apakala

Apa

lagi

Apalagi

Bagai

mana

Bagaimana

Barang

kali

Barangkali

Beri

tahu

Beritahu

Bumi

putera

Bumiputera

Dari

hal

Darihal

Dari

pada

Daripada

Duka

cita

Dukacita

Jawatan

kuasa

jawatankuasa

Kaki

tangan

Kakitangan

Ke

pada

Kepada

Kerja

sama

Kerjasama

Mana

kala

Manakala

Mata

hari

Matahari

Olah

raga

Olahraga

Pada

hal

Padahal

Pesuruh

jaya

Pesuruhjaya

Setia

usaha

Setiausaha

Suka

rela

Sukarela

Suruhan

jaya

Suruhanjaya

Tanda

tangan

Tandatangan

Tanggung

jawab

Tanggungjawab

Warga

negara

warganegara

Pengimbuhan Kata Majmuk

Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapi akan dieja/ditulis sebagai satu perkataan apabila menerima apitan (imbuhan), seperti contoh pada jadual di bawah:

Kata Majmuk

Apitan

Ejaan

kuat kuasa

peN....an

penguatkuasaan

kemas kini

lipat ganda

meN...kan

Mengemaskinikan

melipatgandakan

anak tiri

meN...kan

menganaktirikan

ibu bapa

Ke...an

keibubapaan

Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir. Lihat jadual di bawah.

Imbuhan

Kata Majmuk

Kata Majmuk Terbitan

berR-

garis pusat

terima kasih

bergaris pusat

berterima kasih

meN-

ambil alih

mengambil alih

peN-

cari gali

pencari gali

-an

daya serap

daya serapan

-kan

urus niaga

urus niagakan

Penggandaan Kata Majmuk

Melibatkan unsur pertama kata sahaja. Contoh:-

alat-alat tulis

gambar-gambar rajah

balai-balai raya

kapal-kapal terbangsuku-suku kata

garis-garis pusatMenteri-Menteri besar

Penolong-Penolong Pendaftar