Pembentukan Imbuhan MeN...kan
Imbuhan MeN...kan membentuk kata kerja transitif yang terbit daripada kata dasar yang terdiri daripada beberapa jenis golongan kelas kata. Penggunaan golongan kata tertentu akan menunjukkan makna yang tertentu apabila menerima imbuhan MeN...kan.
N...kan
Darat (kata nama) Mendaratkan = Membawa ke darat
Gemuk (kata adjektif) Menggemukkan = Menjadikan gemuk
Jatuh (kata kerja) Menjatuhkan = Menyebabkan jatuh
Beli (kata kerja) Membelikan = Membeli untuk
Tindih (kata kerja) Menindihkan = Menggunakan alat
Pagar (kata kerja) Memagarkan = Menjadikan sebagai
Dua (kata bilangan) Menduakan = Menjadikan dua
Contoh;
1. Pemain pertahanan pasukan itu telah menjatuhkan penyerang pasukan lawan dalam kawasan penalti.
2. Lelaki itu telah menduakan isterinya dengan berkahwin lagi.
3. Dia telah membukukan pengalamannya semasa zaman pemerintahan Britisih.
4. Mereka telah membasahkan kepala masing-masing dengan air sungai itu.
5. Ahmad melontarkan basikal adiknya ke dalam kolam.
Analisis
Semua ayat yang menerima imbuhan MeN...kan menunjukkan maksud bahawa objek tepatnya (kata nama selepas kata kerja) kena secara langsung oleh perbuatan iaitu kena ‘jatuhkan’, kena ‘duakan’, kena ‘bukukan’ kena ‘basahkan’ dan kena ‘lontarkan’.
Maksud Dalam Imbuhan MeN...kan
Secara umum, imbuhan apitan MeN...kan menunjukkan dua maksud yang kerap menimbulkakn kekelirukan.
i) Maksud sesuatu perbuatan itu dilakukan secara langsung kena ke atas objek tepat dalam ayat dan menjadi alat atau bahan untuk melakukan perbuatan ke atas objek sipi
Contoh
Amin melontarkan sepotong kayu ke arah lembu itu.
(objek tepat) (objek sipi)
Dalam konteks ayat di atas Amin menggunakan sepotong kayu (objek tepat) untuk melakukan perbuatan ke atas lembu itu (objek sipi).
Contoh
1. Petani itu memagarkan kawat berduri di ladangnya.
2. Orang tua itu memukulkan sebatang tongkat ke atas anaknya.
3. Dia menghadiahkan rantai mutiara kepada isterinya.
4. Kanak-kanak itu membalingkan bola kepada rakannya.
5. Sultan Selangor telah berkenan mengurniakan bintang kebesaran kepada ahli sukan tersebut sempena Hari Keputeraan baginda.
Hal ini bermaksud sesuatu perbuatan itu dilakukan untuk orang lain iaitu pelaku melakukan perbuatan untuk objek tepat manakala objek sipi merupakan sesuatu yang dilakukan perbuatan ke atasnya.
Amin membacakan adiknya buku cerita itu.
(objek tepat) (objek sipi)
Dalam konteks ayat di atas bermaksud Amin membaca buku untuk adiknya bukan untuk dirinya, manakala buku iaitu objek sipi merupakan alat yang dibaca dan adiknya sebagai objek tepat merupakan penerima perbuatan Amin.
Jika buku cerita mahu dijadikan objek tepat, maka akhiran ‘kan’ mesti digugurkan seperti dalam ayat berikut:
Contoh
Amin membaca buku cerita itu untuk adiknya.
(objek tepat) (objek sipi)
Untuk lebih jelas, teliti ayat-ayat berikut:
Contoh
1. Ibu menjahitkan kakak sehelai baju kurung sutera.
(maksud menjahit untuk kakak)
2. Rahim mencarikan isterinya buah mempelam muda
(maksud mencari buah mempelam muda untuk isterinya)
3. Dia melukiskan adiknya sekeping gambar helang.
(maksud melukis gambar helang untuk adik)
Kesimpulan
Imbuhan MeN...kan menunjukkan maksud objek tepat sebagai alat atau bahan untuk melakukan perbuatan ke atas sesuatu. Selain itu, juga membawa maksud sesuatu perbuatan itu dilakukan untuk benda lain iaitu ‘untuk objek tepat’, manakala perbuatannya dilakukan ke atas ‘objek sipi.
Sumber
http://azmisron63.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan