06 Januari, 2010

Klausa

Klausa

Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa.

Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsur utama yang wajib untuk status ayat.

Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

Klausa bebas.

Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan boleh berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau ditulis. Perhatikan contoh berikut:

Klausa

Ayat

Subjek

Predikat

Subjek

Predikat

budak itu

mendengar radio

Budak itu

mendengar radio.

ujian tadi

amat susah

Ujian tadi

amat susah

jambatan itu

jambatan kayu

Jambatan itu

jambatan kayu.

mereka

ke pantai

Mereka

ke pantai.

Perbezaan ayat dengan klausa bebas amat kecil sekali.

Ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan noktah manakala klausa tidak.

Klausa Tak Bebas

Klausa tak bebas hampir sama sifatnya dengan klausa bebas, yakni terdiri daripada unsur subjek dan predikat.

Ciri utamanya ialah didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun, walaupun, apabila, tatkala dan sebagainya.

Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa tak bebas digaris di bawahnya dan klausa bebas ditebalkan hurufnya. Dalam ayat seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama.

Adik gagal dalam ujian itu kerana dia tidak membaca soalan dengan teliti.

Sungguhpun dia sibuk, dia datang juga .

Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika dibenarkan oleh ibunya.

Kalau hujan turun berlarutan, banjir akan melanda kawasan itu.

Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat campuran.

Hal ini kerana ayat-ayat ini mempunyai dua atau lebih klausa; iaitu terdapat klausa bebas dan klausa tak bebas.

Di samping itu, bilangan klausa serta jenis klausa menentukan bentuk-bentu ayat dalam bahasa Melayu.

Bibliografi

Goay Teck Chong,Choo Say Tee dan Zainuddin Ahman. 2008. Teks Pra-U STPM Bahasa Melayu

Kertas 1. Petaling Jaya. Pearson Longman.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj, Musa, dan Abdul Hamid Mahmud. 1993. Tatabahasa

Dewan. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustka.

Siti Hajar Abdul Aziz. 2008. Bahasa Melayu 1.Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

www.tutor.com.my. Portal Pendidikan Utusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan