Morfem
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Misalnya minum. Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum.Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
Jenis-jenis morfem
Morfem dapat dibahagikan kepada dua iaitu morfem bebas dan morfem terikat
Morfem bebas | Morfem terikat/imbuhan |
1. Dapat berdiri sendiri, misalnya, minum, cuti, sekolah, periksa 2. Mempunyai makna sendiri | 1. Bentuk imbuhan, misalnya, mem, per, kan, ber 2. Tidak mempunyai makna, tapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata, dan seterusnya makna ayat. |
Morfem terikat/imbuhan
Awalan - ditambah pada bahagian depan kata dasar - cthnya, membaca, menghafal.
Akhiran - ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar- cthnya simpankan
Sisipan - diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar - misalnya, telapak (tapak).
Apitan - ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per……..an, permainan.
Can I make money from Betfair? - Work-to-Earn
BalasPadamThis is my first betting experience with 1xbet korean Betfair, septcasino and I've got it in my head that they are very close to the It's a งานออนไลน์ great bet to get into the