Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah, melainkan kata majmuk yang telah mantap.
Kata majmuk terbahagai kepada tiga :
a)Kata Nama Majmuk. Contoh : setiausaha, warganegara, tandatangan, uji kaji.
b)Kata Kerja Majmuk. Contoh : menandatangani, bertanggungjawab, memberitahu
c)Kata Sifat Majmuk. Contoh : sukacita, dukacita
d)Kata Tugas Majmuk. Contoh : apabila, apakala, apahal, apalagi, bagaimana
Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok:
a)Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas.
Contohnyagambar rajah, biru laut, terima kasih, kuning langsat. Dalam kategori ini termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran seperti perdana menteri, raja muda, menteri besar, profesor madya.
b)Kata majmuk berbentuk istilah khusus.
Contohnya model linear, garis pusat, mata pelajaran, kertas kerja, kanta tangan.
c)Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan iaitu simpulan bahasa.
Contohnya kaki ayam, buah hati, duit kopi, makan angin, pilih kasih.
Kata majmuk dapat dibentuk melalui pelbagai cara:
a)dua perkataan digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contoh :
duka + cita = dukacita
jawatan + kuasa = jawatankuasa
b)perkataan dan fakta digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contohnya walaupun dan adalah.
c)dua perkataan digabungkan tetapi tidak dieja sebagai satu perkataan, sebaliknya kekal sebagai dua perkataan. Contohnya uji bakat, ulang tayang, temu janji, hak milik.
d)dua perkataan bebas dijadikan satu perkataan dengan menggunakan imbuhan apitan dan ejaannya mestilah bercantum. Contoh :
pindah milik à dipindahmilikkan
tukar ganti à ditukargantikan
e)kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja tidak dicantum. Contoh :
campur aduk à bercampur aduk
temu bual à ditemu bual
Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yahg penggunaanya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar, perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Contohnya antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, setiausaha.
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja, contohnya alat-alat tulis, balai-balai raya. Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap melibatkan seluruh unsur. Contohnya setiausaha-setiausaha, pesuruhjaya-pesuruhjaya.
Nota Tambahan Kata Majmuk
Kata Majmuk Umum
Kata majmuk umum terbahagi kepada:
i.Kata majmuk biasa- yang terdiri daripada rangkai kata bebas
Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi minyak, tengah hari, gambar rajah, jalan raya, kapal terbang, meja tulis, air hujan, terima kasih, luar biasa, kuning langsat
ii.Kata Majmuk Gelaran
Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam Negara, Duta Besar, Ketua Setiausaha Negara, Raja Muda
Kata Majmuk Istilah Khusus
i.Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang. Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau istilah khusus.
Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja, mogok umum, program bahasa, batu kapur, atur cara, kemas kini,urus setia, reka bentuk, pita suara
Kata Majmuk Kiasan
i.Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud lain selain maksud sebenarnya, misalnya:
Dalam sistem baku, kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah mantap.(lihat lampiran 1 di bawah)
Bentuk Kata Majmuk yang telah Mantap
Kata dasar 1
Kata dasar 2
Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan
Antara
bangsa
antarabangsa
Apa
bila
Apabila
Apa
kala
Apakala
Apa
lagi
Apalagi
Bagai
mana
Bagaimana
Barang
kali
Barangkali
Beri
tahu
Beritahu
Bumi
putera
Bumiputera
Dari
hal
Darihal
Dari
pada
Daripada
Duka
cita
Dukacita
Jawatan
kuasa
jawatankuasa
Kaki
tangan
Kakitangan
Ke
pada
Kepada
Kerja
sama
Kerjasama
Mana
kala
Manakala
Mata
hari
Matahari
Olah
raga
Olahraga
Pada
hal
Padahal
Pesuruh
jaya
Pesuruhjaya
Setia
usaha
Setiausaha
Suka
rela
Sukarela
Suruhan
jaya
Suruhanjaya
Tanda
tangan
Tandatangan
Tanggung
jawab
Tanggungjawab
Warga
negara
warganegara
Pengimbuhan Kata Majmuk
Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapi akan dieja/ditulis sebagai satu perkataan apabila menerima apitan (imbuhan), seperti contoh pada jadual di bawah:
Kata Majmuk
Apitan
Ejaan
kuat kuasa
peN....an
penguatkuasaan
kemas kini
lipat ganda
meN...kan
Mengemaskinikan
melipatgandakan
anak tiri
meN...kan
menganaktirikan
ibu bapa
Ke...an
keibubapaan
Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir. Lihat jadual di bawah.