Panduan
Menulis Karangan A - Bahan Rangsangan
- Bagi karangan A, iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara
200-250 patah kata, pastikan anda tidak menulis melebihi 250 patah kata.
Tuliskan jumlah perkataan yang betul.
- Dicadangkan, 3 isi dengan jumlah kata @60 patah satu perenggan jadi
jumlah 180.
- 30 kata untuk pendahuluan dan 30 untuk penutup, jadi jumlah besar
ialah 240 patah kata. Rancang perenggan anda dengan hati-hati. Pemerenggan sangat penting.
- Fakta dengan jelas. Isi/fakta itu mesti menjawab soalan yang
diberikan. Isi yang umum akan menyebabkan markah anda tidak mendapat
kepujian atau cemerlang.
- Jangan lupa masukkan peribahasa dalam karangan sekurang-kurangnya
satu tetapi peribahasa tersebut mestilah tepat dan relevan dengan isi atau
ayat tersebut. Kalau dapat memetik kata-kata pemimpin atau kaitan dengan
surat khabar atau televisyen lebih baik kerana anda peka dengan isu-isu
semasa.
- Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan
kematangan calon.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan