17 Januari, 2010

Proses Pembentukan Kata

Pengimbuhan

1. Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.

2. Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.

3. Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Imbuhan Kata Nama

Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan - awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Contoh imbuhan pada awalan ayat: - ke, peN, pe-, PeR-

Awalan

Varian

Contoh perkataan

contoh penggunaan

ke-

ke

kerabat, keladak, kekasih

Kerabat diraja itu makan di warung sahaja.

maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan mungkin konkrit atau bastrak

peN-

pe- (kata dasar yang bermula dengan huruf l,m,,n,ny,ng, r dan w

pe- juga

pewangi, peragut, pesalah

Orang ramai membelasah peragut rantai itu sehingga pengsan.

pem- (kata dasar yang yang bermula dengan huruf b dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf b, f, v dan konsonan b dan p

pemfatwa, pemproses, pemberontak

Mesin pemproses sawit itu mahal harganya.

pen-

pensyarah, penswastaan, penagih, pendapat

Pensyarah itu keletihan kerana menyampaikan lima kuliah sehari

peng-

pengkritik, pengamal, pengkhianat, pengacau, pengaudit, penghantar, pengasuh

Pengacau itu menggangu pengasuh kanak-kanak setiap hari.

penge-

pengecualian, pengeluar, pengesan, pengebom

Pengebom berani mati itu terkorban akibat perbuatan sendiri

pel-

pelabur, pelajar, pelayar, pelampau, pelakon

Pelabur diingatkan supaya menyemak nombor kad pengenalan sebelum mengisi borang.

peR-

per

pertapa

Pertapa itu menghabiskan masa enam purnama untuk menghabiskan zikirnya.

juru-

juru-

jurutaip, jururunding, jurubahasa

Semua tugas diserahkan kepada jurutaip, sehingga akhirnya dia meletakkan jawatan.

dwi-(menunjukkan bilangan dua bagi kata dasar)

dwi-

dwibahasa, dwifungsi, dwiedaran

Majalah itu diterbitkan dalam dwibahasa iaitu Tamil dan Inggeris.

eka-(menunjukkan bilangan satu, kadangkala dirujuk juga adi-)

eka-

ekabahasa, ekakaum, ekafungsi

Pengunaan ekabahasa belum tentu menjamin perpaduan negara

pasca-(dirujuk kepada `selepas')

pasca-

pascasiswazah

Pengajian pascasiswazah merujuk kepada bidang-bidang sarjana dan kedoktoran.

pra-(menunjukkan makna `sebelum')

pra-

prasejarah, prakemerdekaan

Ahli arekologi itu menggali tulang-temulang manusia prasejarah.

swa-menunjukkan maksud `sendiri')

swa-

swalayan, swamodal, swakarya

Pelanggan mengambil sendiri makanan di restoran swalayan itu.






Contoh imbuhan pada akhiran ayat

Akhiran

contoh perkataan

-man (menunjukkan sifat perkara - samada orang atau benda- yang dirujuk)

seniman, budiman

-wan (perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya)

olahragawan, usahawan

-wati (menunjukkan wanita yang ahll dalam bidangnya)

pragawati, olahragawati

-an

pakaian, kudapan, senaman, latihan, kenalan, jualan

Contoh imbuhan pada apitan ayat

Apitan

contoh perkataan

ke....an

kezaliman, kesenangan

pe...an

peranan, pesisiran, pelancongan, pekarangan, peperangan

peN...an

penyusunan, pengurangan

Contoh imbuhan sisipan pada ayat

sisipan

contoh perkataan

-el-

telunjuk, kelengkeng, kelabut

-er-

keruping, seruling, serabut

-em-

kemuning, kemuncup, kemelut

1 ulasan:

  1. The Casino Near Me - Mapyro
    Find the closest Casino to 속초 출장안마 you 통영 출장마사지 in Minnesota, walk 제주도 출장안마 to Hard Rock Hotel & Casino, where you'll 서귀포 출장안마 find everything you need to make the 울산광역 출장마사지 most of your next big vacation.

    BalasPadam