17 Januari, 2010

Kata Adjektif

Adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi. Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, paling, sekali

Jenis - jenis kata adjektif

Kata adjektif terbahagi kepada 9 subgolongan:

1. sifat - menerangkan sifat keadaan atau seseorang

contoh: baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat

2. warna

contoh: merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsat

3. ukuran

contoh: pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar

4. bentuk

contoh: bujur, lurus

5. waktu

contoh: lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam

6. jarak

contoh: dekat, hampir, jauh

7. cara

contoh: selalu, jarang, kadang kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram

8. pancaindera

rasa:

contoh: sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau pandang: buruk, hodoh, jelita, cantik, tampan

dengar: bising, sunyi, senyap

bau: busuk, wangi, hangit, hapak

sentuh: kesat, kasar, lembab, halus, licin

9. perasaan

contoh: takut, seram, benci, rindu, marah, senang, sayang, gembira

Darjah Perbandingan Kata Adjektif

Darjah perbandingan atau tahap adjektif ada tiga :

1. Darjah biasa - dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.

Contoh:

  • Baju dia cantik.
  • Buah betik itu manis.

2. Darjah perbandingan : - merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.

Contoh:

  • Tenaganya sekuat Badang.
  • Buah jambu itu semanis gula.

3. Darjah penghabisan : - menerangkan adjektif paling atau penghabisan. Contoh:


Huruf

1. Lambang yang diberikan kepada fonem-fonem yang terdapat dalam sesuatu bahasa

2. Lambang-lambang menghasilan bahasa dalam bentuk tulisan (tulisan sesuatu bahasa).

3. Dalam Sistem Ejaan Rumi BM terdapat 26 huruf Rumi.

26 bunyi konsonan yang dilambangkan oleh 21 huruf tunggal dan 5 huruf gabungan (gh, kh, ng, ny dan sy) dan 5 bunyi vokal

Suku Kata

1. Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.

contoh:- emak terdiri daripada 2 suku kata iaitu e dan mak

2. Suka kata hanya terbentuk apabila ada bunyi vokal kerana bunyi konsonan tidak dapat membentuk sukukata.

3. Dalam bahasa Melayu terdapat 11 pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka.

Contoh cuba iaitu cu dan ba = KV + KV

4. Suku kata kedua ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan.

Contoh: santun yang terdiri daripada 2 suku kata tertutup iaitu

san dan tun = KVK + KVK

5. 11 pola suku kata dalam BM ialah :

Bil.

Pola

Contoh Penggunaan

1.

V

adik, dia

2.

VK

unta, diam

3.

KV

kita, beli

4.

KVK

Pam, lampu

5.

KKV

program

6.

KKVK

Blok, ekspres

7.

VKK

eksperimen

8.

KVKK

Bank, tong,

9.

KKVKK

kompleks

10.

KKKV

skru

11.

KKKVK

Spring, struktur

6. 1 – 4 (V, VK, KV dan KVK) = pola umum suku kata BM

5 – 11 (KKV,KKVK,VKK,KVKK,KKVKK,KKV dan KKVK)

= pola pinjaman dari BI

4 - suku kata terbuka = V, KV, KKV dan KKKV

7 – suku kata tertutup = berakhir dengan konsonan

Contoh penggunaan suku kata

1. Kata tunggal satu suku kata

Suku kata

Contoh

KV

yu

VK

am

KKVK

draf, gred. brek

2. Kata tunggal dua suku kata

Suku Kata

Contoh

V + KV

ibu, ela, era

V + VK

air, aib

V + KVK

adat, emas

VK + KV

anda, unta, angsa

VK + KVK

antah, untuk, ingkar,

KV + KVK

bukan, dekat

3. Kata tunggal tiga suku kata

Suku Kata

Contoh

KV+V+KV

biasa, cuaca, suara

KV + V +KV

kaedah, faedah, daerah

V + KV + V

abai, usia, urai, inai

KV+KV+VK

maruah, peluang, rasuah

KV+KVK+KVK

kelompok, kumandang, keroncong, kepompong

4. Kata tunggal empat suku kata

Suku Kata

Contoh

KV+KV+KV+KV

panorama, semulajadi

KV+KV+KV+KVK

masyarakat,

KVK+KV+V+KV

sentiasa

5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah:

universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)

**************************************************************

06 Januari, 2010

Klausa

Klausa

Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa.

Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsur utama yang wajib untuk status ayat.

Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

Klausa bebas.

Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan boleh berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau ditulis. Perhatikan contoh berikut:

Klausa

Ayat

Subjek

Predikat

Subjek

Predikat

budak itu

mendengar radio

Budak itu

mendengar radio.

ujian tadi

amat susah

Ujian tadi

amat susah

jambatan itu

jambatan kayu

Jambatan itu

jambatan kayu.

mereka

ke pantai

Mereka

ke pantai.

Perbezaan ayat dengan klausa bebas amat kecil sekali.

Ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan noktah manakala klausa tidak.

Klausa Tak Bebas

Klausa tak bebas hampir sama sifatnya dengan klausa bebas, yakni terdiri daripada unsur subjek dan predikat.

Ciri utamanya ialah didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun, walaupun, apabila, tatkala dan sebagainya.

Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa tak bebas digaris di bawahnya dan klausa bebas ditebalkan hurufnya. Dalam ayat seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama.

Adik gagal dalam ujian itu kerana dia tidak membaca soalan dengan teliti.

Sungguhpun dia sibuk, dia datang juga .

Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika dibenarkan oleh ibunya.

Kalau hujan turun berlarutan, banjir akan melanda kawasan itu.

Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat campuran.

Hal ini kerana ayat-ayat ini mempunyai dua atau lebih klausa; iaitu terdapat klausa bebas dan klausa tak bebas.

Di samping itu, bilangan klausa serta jenis klausa menentukan bentuk-bentu ayat dalam bahasa Melayu.

Bibliografi

Goay Teck Chong,Choo Say Tee dan Zainuddin Ahman. 2008. Teks Pra-U STPM Bahasa Melayu

Kertas 1. Petaling Jaya. Pearson Longman.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj, Musa, dan Abdul Hamid Mahmud. 1993. Tatabahasa

Dewan. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustka.

Siti Hajar Abdul Aziz. 2008. Bahasa Melayu 1.Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

www.tutor.com.my. Portal Pendidikan Utusan.